Amat berharap agar isu PBS ini dipertimbangkan sewajarnya dan memberikan nafas lega kepada pendidik di Malaysia umumnya tanpa meminggirkan keperluan pelajar khususnya... Untuk mengelakkan sistem berorientasikan peperiksaan semata-mata sebenarnya tidak sukar tetapi kita masih perlukan peperiksaan sebagai penunjuk aras kepada tahap pencapaian pelajar. Jika sebelum ini setiap bulan murid perlu menduduki peperiksaan bulanan, kita boleh jadikan peperiksaan pada akhir tahun sahaja yang lebih selaras dan ada penunjuk aras untuk guru menggubal soalan untuk peperiksaan akhir tahun. TIDAK PERLU PEPERIKSAAN SETIAP BULAN.....tetapi perlu sebagai penunjuk aras pada akhir tahun contohnya:
ada ibu bapa bertanya "anak saya ni mencapai band 4 dan kawan dia pun mencapai band 4 tetapi antara anak saya dan kawan dia siapa yang paling baik dalam band 4 ni?...uikss...cikgu yang nak jawabpun terpaksa buka fail evidens pelajar untuk membuktikan anak siapa yang paling baik...berterabur segala mcm evidence sebab si ibu bapa tak nak tengok rekod yang dah di tanda oleh guru tetapi nak tgk hasil kerja anak masing-masing....meja guru dah tak rupa meja bila mana segala buku dan evidens perlu di simpan takut kalau dibuang pemantau datang....jadi tak perlu segala macam kertas...sepatutnya buku tulis dan hasil itu sahaja dijadikan bukti...kertas memang boleh di recycle tapi penggunaan yang terlalu banyak akan mengurangkan spesies tumbuhan yang sepatutnya menjadi pelindung kepada bumi...bukan evidens pelajar sahaja...guru-guru pun sibuk print segala macam benda untuk membuktikan pelaksanaan...akhirnya...guru kata terbeban kerja....
Jadi secara mudahnya sebenarnya mudah kan PBS itu... nak online boleh tapi perlu lah cekap, cepat dan pantas sistemnya...nanti bila data tak masuk ramai kata guru tak buat kerja tapi sebenarnya sistem loading...guru menangis siapa tahu???
Guru yang positif akan menghasilkan pelajar yang positif...terima dan menyerap tekanan seadanya kerana kita berurusan dengan manusia...pelanggan kita manusia...hasil kita adalah nilai sebuah modal insan.. berjayanya pengajaran kita apabila pembelajaran diterima oleh pelajar dan dijadikan modal bagi menghasilkan insan yang benar-benar berguna kepada bangsa dan negara. Adakah sudah diterapkan nilai modal insan ini sepenuhnya...tepuk dada tanya selera. Kita adalah guru...guru adalah pelaksana kepada penentu dasar....kerjasama itu perlu. Olehitu, beri lah sedikit ruang dan fahami bahawa guru juga adalah manusia biasa...tentukan dasar dengan bijak dan teratur dan kami insya allah akan melaksanakan dengan sempurna...