Jumaat, 5 Julai 2013

dia suamiku

mengenalinya disaat 
hati terluka dihiris sembilu...
mengenalinya
 menjadi keterpaksaan dalam jam hidupku...
mengenalinya membuatkan aku rasa terganggu...
namun
disaat aku mengenalinya...
nafasku terasa baru...
denyut nadiku seakan laju...
darah merahku semekar dulu...
dan aku tahu...
sesungguhya allah menghadiahkan dia buatku
dan menganugerahkan aku buat suamiku
dan aku bersyukur
kerana aku mengenali suamiku...
dia suamiku
yang tidak jemu mendengar suaraku
yang tidak jenuh menemani diriku
yang sentiasa memenuhi segala permintaanku
yang mampu menjadi imamku
yang sentiasa mendoakanku
yang rela menerimaku
walau seadanya diriku
terima kasih suamiku
kerana mengizinkan aku mengenalimu....

sains bahagian B

jika mendapat soalan sains bahagian B yang tidak mempunyai jadual anda perlu menganalisis gambarajah yang diberikan untuk mengenalpasti pembolehubah
pasu yang sama saiz / jenis biji benih yang sama
bilangan anak benih berlainan
hasil eksperimen ketinggian anak pokok /cm selepas eksperimen telah direkodkan
setelah mengenalpasti semua pembolehubah dalam gambar, cuba adik-adik jawab:
1. tujuan penyiasatan
2. senaraikan 2 pembolehubah yang perlu dikenalpasti
3. nyatakan hubungan berdasarkan pembolehubah
4. nyatakan inferens daripada penyiasatan ini
5. buat pemerhatian mengenai penyiasatan ini....
boleh semak jawapan nanti..........




Rabu, 3 Julai 2013

bersihkan hati anak

as salam....
para2 ibu....bersihkanlah hati dan roh2 anak-anak kita dengan memperdengarkan alunan bacaan al-quran dan zikir munajat....bukan orang yang telah meninggal dunia sahaja memerlukan hadiah ayat dan bacaan zikir....roh anak2 kita yang bersama kita jua perlu dibiasakan dengan zikir..basahilah lidah mereka dengan zikir....bisikkan ayat suci lagi merdu ke deria pendengaran mereka...in shaa allah akan mudah membentuk anak-anak kita dengan peribadi yang baik dan sempurna. lahirkan lah generasi ulul albab walaupun mereka berada di era kegemilangan IT...hehe kita memohon kesempurnaan buat anak2 kita dan semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita...semoga anak saya dan anak2 para ibu diluar sana akan menjadi insan yang teguh imannya dan berkembang ilmunya. anak yang seimbang dari segi emosi, rohani , intelek dan jasmani adalah anak yang akan pergi jauh dalam hidupnya....mereka akan seimbang dari segala segi dan jangan lupa....janji allah adalah pasti...andai kita berusaha allah akan memberikan ......in shaa allah

zikir keampunan


zikir munajat 1


ramlah ram- sesaat kau datang


milky way...solar system