Selasa, 25 Februari 2014

PBS tiada salahnya...

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah tiada salahnya tetapi perlu diperbaiki agar ada penunjuk aras yang jelas....
1. Pentaksiran yang berdasarkan BAND dan Tahap penguasaan yang diguna pakai sekarang lebih kepada mengkelompokkan pelajar.. Memang kita nak adakan perubahan dengan mengelakkan peperiksaan semata-mata. Akan tetapi kita seakan mengurangkan daya saing murid untuk lebih berjaya.
MUNGKIN KITA BOLEH PERBAIKI DENGAN:
tetap mengadakan peperiksaan akhir tahun tetapi elakkan peperiksaan bulanan.
2. Sebagai langkah penjimatan, elakkan penyimpanan evidens yang melibatkan fail yang pelbagai...kertas photostate yang bertimbun...
MUNGKIN KITA BOLEH PERBAIKI DENGAN:
Jadikan sahaja buku murid samaada buku tulis...buku nota dan pendrive murid sendiri sebagai evidens...tak perlu fail bagai
3. Jika sistem kita belum sebaik sistem facebook yang cepat dan pantas..boleh masuk data dan video dalam masa beberapa saat sahaja...tak perlu lah kita mimpi untuk adakan sistem online.
MUNGKIN KITA BOLEH
guna pakai sahaja kemasukan markah seperti SPS dan HEADCOUNT. itu lebih menjimatkan masa dan mengurangkan tekanan guru...
namun ini hanya pandangan peribadi sahaja sebagai guru...IKHLASNYA saya sayang profesion ini dan suka andai sistem pendidikan negara dapat berjalan dengan lancar....
Dasar yang dibuat tiada salahnya...pentadbir manusia...guru juga manusia. pembuat dasar dan pelaksana perlu berkerjasama dalam memastikan sistem pendidikan negara kita berada di laluan yang betul...Guru-guru perlu untuk memahami kehendak dan aspirasi negara namun dalam masa yang sama kita perlu mengambil kira banyak faktor...contohnya:
hendak melaksanakan matapelajaran TMK di makmal komputer yang hanya ada 8 sahaja komputer yang boleh diguna pakai dengan pengetahuan sedia ada murid yang cetek...5 masa seminggu pun belum tentu setiap murid dapat melaksanakannya. Dari segi isi kandungan KSSR telah diperbaiki...dan rasanya dipersetujui kerana kita tak boleh mengikut kandungan isi pelajaran yang lama...dunia bergerak pantas..Olehitu sebelum melaksanakan, prasarana bukan sahaja dilihat disekolah yang berada di bandar..lihat lah juga sekolah luar bandar...ambil kira juga pandangan guru kampung...guru muda...guru tua..pentadbir...PPD dan sebagainya. Saya amat pasti ianya telah diteliti sebelum dilaksanakan tetapi ada yang tertinggal...yang kita terlepas pandang....saya percaya andai laluannya betul...guru-guru juga tak akan mengeluh....kerana KAMI SAYANG ANAK BANGSA KAMI...

Rabu, 6 November 2013

eksperimen telur


telur yang direndam dalam larutan cuka akan menghakis lapisan luar kulit telur yang keras...yang tinggal hanya selaput putihnya sahaja. dalam masa 48 jam clear...hehe try la buat dgn anak-anak kat rumah aktiviti sains ni

Isnin, 23 September 2013

testimoni dnars skincare...jerawat kronik

yang testimoni ni mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat kronik. selapas guna toner treatment dan set jerawat...jerawatnya mula berkurang


testimoni dnars skincare...


ini la hasil sebelum dan selepas memakai dnars skincare...yg tudung biru tu sebelum...dan tudung merah tu selepas