Rabu, 24 Oktober 2012

satu harapan

Tahun ni, anak bujangku sudahpun mencapai umur 9 tahun pada 6 Mac yang lalu...ini bermakna sudah 9 tahun juga aku masih belum mengandung lagi. anakku Dani asyik bertanya, kenapa Dani tak ada adik beradik mcm org lain...aduhai sedih rasa hati bila anak bujang dah pandai bersuara...dulu memang aku minta pada allah SWT...agar dikurniakan zuriat...walaupun seorangpun jadilah namun biarlah sempurna zahir dan batinnya...sekarang bila aku berdoa lagi untuk menambah zuriat, masih belum dimakbulkan...lalu aku katakan pada anakku...Dani juga ada adik beradik 2 orang abang sulung yang kembar tetapi telah meninggal dunia semasa dalam perut mama, masa tu luqman dan hakimi baru sahaja 7 bulan didalam perut mama, dani juga ada seorang lagi abang tetapi juga meninggal dalam perut mama,,,dan sekarang mama cuma ada dani sahaja... jadi anak yang baik ya sayang...jangan tinggalkan mama...jawab anakku insya allah mama selagi allah mengizinkan...allhamdulillah, terima kasih allah diatas kurniaanmu...

Rabu, 17 Oktober 2012

Mama dan Dani Zaim (2012)


Ketika itu, di Cameron Highlands. Lawatan sambil belajar SK Seri Jong pada 22 Sep 2012 (Sabtu) hingga 23 Sep 2012 (Ahad)

Suasana yang cukup menyegarkan, nyaman dan sejuk. Rasanya akan pergi lagi...

Sabtu, 6 Oktober 2012

Aktiviti hujung tahun di sekolah...sebelum cuti

minggu depan agak sibuk dengan tugasan yang pelbagai disekolah. 8-9.10.12 bermula acara akhir sebelum sukan, 10.10.12 pemantauan fail spsk, 10-13.10.12 kursus sains kssr di sk ledang,  13.10.12 tu juga ada kem bestari solat, 16-18.10.12 pula ada peperiksaan dalaman akhir tahun...belum sempat habis tanda kertas sains untuk 7 kelas, akan ada camping pada 19-20.10.12, diikuti sukan tahunan sekolah pada 23.10.12, hari anugerah cemerlang dan keputusan peperiksaan UPSR akan berjalan pada minggu terakhir peperiksaan...erm...semuanya pada akhir tahun, tapi pada awal tahunpun sibuk juga...hehe sepanjang tahun pun sibuk juga. walaubagaimanapun insya allah penat lelah seorang guru akan terubat jua jika kejayaan muridnya berganda-ganda. kalau tidak post mortem sepanjang tahun la jawabnya. doakan kejayaan anak-anak didik saya ya di sk seri jong muar.