Sabtu, 6 Oktober 2012
Aktiviti hujung tahun di sekolah...sebelum cuti
minggu depan agak sibuk dengan tugasan yang pelbagai disekolah. 8-9.10.12 bermula acara akhir sebelum sukan, 10.10.12 pemantauan fail spsk, 10-13.10.12 kursus sains kssr di sk ledang, 13.10.12 tu juga ada kem bestari solat, 16-18.10.12 pula ada peperiksaan dalaman akhir tahun...belum sempat habis tanda kertas sains untuk 7 kelas, akan ada camping pada 19-20.10.12, diikuti sukan tahunan sekolah pada 23.10.12, hari anugerah cemerlang dan keputusan peperiksaan UPSR akan berjalan pada minggu terakhir peperiksaan...erm...semuanya pada akhir tahun, tapi pada awal tahunpun sibuk juga...hehe sepanjang tahun pun sibuk juga. walaubagaimanapun insya allah penat lelah seorang guru akan terubat jua jika kejayaan muridnya berganda-ganda. kalau tidak post mortem sepanjang tahun la jawabnya. doakan kejayaan anak-anak didik saya ya di sk seri jong muar.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan