Khamis, 20 Disember 2012

kiamat ke?

http://astronomi.angkasa.gov.my/cms3/page/index/id/1/cid/973
kalau nak tahu lebih lanjut mengenai apa yang orang gembar gemburkan, link la ke url diatas tu...sesungguhnya hanya allah swt sahaja yang mengetahui bila sebenarnya tarikh kiamat...kita sebagai manusia jangan terlalu taksub sehingga jatuh syirik...wallahu alam...kat bawah ni adalah bahan yang saya copy dekat laman angkasa tu
Pengumuman
PENJELASAN BERKENAAN ARTIKEL "BUMI AKAN BERGELAP PADA 23, 24 DAN 25 DISEMBER 2012"
Rahayati Binti Ali | 22/11/2012 11:37 AM
Pihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia ingin membuat pembetulan kenyataan dari sudut sains berhubung dengan blog-blog dan artikel-artikel berkenaan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012.
Maklumat tersebut adalah seperti berikut:

Pada 21 Disember atau tarikh-tarikh berhampiran seperti 23, 24 dan 25 Disember, Bumi, Matahari dan pusat Galaksi kita (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari seperti di rajah 1.
Berhampiran pusat Galaksi terdapat "Dark Dust Clouds" (awan-awan debu gelap) yang boleh menghalang kita daripada melihat sebahagian Galaksi kita.

RAJAH 1

Jadi, andaian orang ramai adalah seperti berikut:

Semua andaian di atas adalah tidak benar kerana:
"Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari (penjajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada Bumi, Matahari dan pusat Galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta."Bila Bumi, Matahari dan pusat Galaksi selari di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat Galaksi maka Bumi akan bergelap.
"Pusat Galaksi terlalu jauh dari Bumi dan Matahari (165 quadrillion batu), jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.
"Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita kea rah pusat Galaksi bukannya menghalang Matahari daripada dilihat dari Bumi.
Terdapat juga video You Tube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan; merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012".

Sekiranya pihak tuan/puan memerlukan penjelasan lebih lanjut berkenaan perkara ini, sila hubungi Pegawai Sains ANGKASA, En Zamri Mastor dan En Fairos Asilam atau Pegawai Penerangan En Balasupramaniam di talian 03-8888 8668.

dah nak naik sekolah la....

ermm tak lama lagi dah nak naik sekolah....Kalau Dani dah nak start sekolah maksudnya mama Dani lebih awal kena ke sekolah...hehe tahun depan Dani jadi pengawas jadi secara automatiknya baju dan kasut serta seluar wajib diganti....berbelanja untuk barang keperluannya sahaja hampir menelan rm600 itu belum lagi yuran sekolah kebangsaan dan sekolah agama.. bila fikir-fikir balik itu baru sorang...mcm mana agaknya parents lain yang ramai anaknya menyediakan perbelanjaan untuk naik sekolah ini...bersyukurlah diatas rezeki yang ada...ermmm kalau nak diikutkan era sekarang kita sebagai ibu bapa dah berbeza, zaman mama kecil2 dulu adik beradik ramai, abah cuma kerja jual buku tak ada kasut baru ke beg baru ke...semua tu kirim salam selagi boleh pakai...pakai, selagi tak koyak dan masih muat sumbat je huhu...zaman sekarang demand...dulu pun kalau nak pandai memang pandai sendiri..mak dan abah tak pernah suruh baca buku, tak ada dihantarnya tuisyen2 ni...petang2 keluar main peluh birat semua ada...malam baca buku sendiri tak ada komputer, internet jauh sekali...tapi alhamdulillah mama pandai juga grad lagi hehe..tapi ikut peredaran masa anak2 sekarang sekolah rendahpun dah hantar tuisyen, satu subjek jejak rm30-40 untuk subjek penting itu baru UPSR belum PMR dan SPM lagi...jadi boleh tepu rasanya otak Dani tahun depan dengan segala tuisyen...semoga anakku berjaya

Selasa, 11 Disember 2012

http://www.facebook.com/noorita.ismail.3

semua gambar di trick art museum shah alam, I-city, Pusat sains negara dan cameron bolehlah tgk kat pautan atas tu yea

contact number sebahagian homestay atau apartment di cameron untuk rujukan

1. star regency (apartment n hotel) betul2 dekat pasar malam brinchang...nampak tak begitu menarik tapi boleh la ada apartment 2 bilik dan 3 bilik yang 2 bilik around rm360 satu malam yg 3 bilik dekat2 rm400 jugak hehe ada juga bilik hotel kalau tak ramai ahli..yg best dekat pasar malam, fauzi tomyam dan kedai cenderamata..no tel:05-4915133

2. hotel jasmine pekan brinchang bawah tu ada kedai mamak no phone: 05-4911588 atau 05-4914688

3. apartment puncak arabella kak ani : 016-4941276

4. apartment greenhill en zarul : 012-5336959

5. ros chalet taman sedia 019-5782044 kalau nak dtg cuti sekolah baik call awal2 kalau tak full book...tapi memang banyak pun homestay n hotel kat pekan tu cuma kena rajin cari

Isnin, 10 Disember 2012

percutian budget utk dani (part 2)

sambung balik cerita...so sampai je brinchang terus ternampak star regency aku pun masuk dan dapat apartment 2 bilik rm360...kira ok la coz kongsi dgn adik aku tu yg best memang dekat dgn pasar malam berinchang tu tak payah nak keluar keta cari parking coz memang sesak time2 cuti sekolah ni...lepas relax2 kita org turun utk membeli belah hehe aku beli udang goreng tepung rm10, nasi lemak bungkus rm1.50x3, strawbery 5 pax kecil rm10, limau besar 7 biji rm 10, jagung 2 longgok rm15, ayam peha sebelah rm5 besar tu hehe dan cekodok pisang rm2 20 biji yg comel2 hehe air buat sendiri la coz dah bawa 3 in 1 dr rumah berpaket2 nak tau perbelanjaan tu ko org calculate la sendiri ya..ermm sejuk2 asyik2 makan n minum hehe pas tu tidur..esok nya  sebelum balik singgah di taman sedia tgk ladang strawberi org melayu...chalet n homestay banyak kat sini tapi time cuti sekolah ni biasanya full book...makan dekat yz cafe kopi strawberi, scone dan bee hoon sup tak habis rm30 pun utk 3 org...minyak rm100 pergi balik sampai muar, tol rm 100 pergi balik jadi budget aku utk cuti ni termasuk makan minum, penginapan dan sedikit ole2 adalah dlm rm800 utk 3 org..anak suami dan aku..hehe budget adik aku dia tanggung sendiri la dgn family dia. so anak aku pun gembira sampai tak ingat dia belum baik lagi hehe aku pun gembira sebab berjaya bercuti tanpa menggunakan kad kredit lagi hehe alah bisa tegal biasa...so time to save budget hehe












percutian budget utk dani part 1

7.12.12 haha walaupun masih belum sembuh sepenuhnya tapi anak bujang ku ni dah merengek nak berjalan. disebabkan semua kat kredit aku laki aku dah cut dan bayarkan habis semua jadi sekarang kami dlm proses berjimat cermat hendak memulakan hidup tanpa kad kredit hehe cuma susah sikit la bila nak booking hotel percutian ku kali ini bersama adik aku n keluarganya jadi destinasi lebih kepada menggembirakan hati anak2 ...so kami pun bertolak dr muar jam 7 pagi ke bukit kiara utk ke pusat sains negara..sesampai disana banyak benda tgh di renovate tapi ok la utk budak2..masa dulu pergi ada pameran dino live jadi tiket masuknya mahal tapi sekarang tak ada pameran tiket masuknya rm6 utk dewasa dan rm3 utk kanak2 baby tak payah bayo mcm biasa..hehe so setelah puas bebudak mengeksplore dan bermain kami bertolak ke shah alam utk check in di hotel uitm shah alam...rm150 utk bilik standart. kira ok la budget tu utk tidur aje kan sekejap pulak tu so nak buat apa mahal2..hehe lepas mandi dan sembahyang jamak kitaorg turun ke anggerik terrace utk pekena steamboat rm19 perpax free fresh fruit n ice lemon tea. jadi kita org order utk 4 pax memang puas makan...kalau nak tgk gambar pergi la add aku dlm facebook hehe noorita ismail malas nak upload gambar kat blog...lambattt pas tu ke I city shah alam sebab dah pernah masuk ke snowalk jadi kali ni tak payah la masuk sebab budget jadi lepas snap mcm2 gambar terus masuk ke trick art museum utk ambil gambar illusi kat situ..snap gambar puas2 sampai terguling2 hanya rm5 per person hehe keluar dr situ lampu2 pun dah dibuka ...anak2 sedara main permainan kat situ tapi agak mahal sikit sebab rm5 utk satu permainan.. suamiku dan dani mencuba sky walk ala2 cabel car rm20 per cable kalau sorang pun harganya sama jugak ...dah habis jalan kamipun balik hotel untuk landing huhu penat but ok la..
8.12.12 lepas bincang dgn mr adik ipar..kita org setuju menghala ke cameron..breakfast free and nice sebab hotel uitm ni comfirm halal dan harga dia memang berbaloi la dgn apa yyg dihidangkan...jadi makan kenyang2 pukul 9 pagi bertolak ke cameron melalui simpang pulai berhenti di avant choc..utk beli sedikit souvenier cari yg rm10 dpt 3 hehe limitkan rm30 je...on t way try call 6 apartment dan homestay semua full book