Khamis, 20 Disember 2012

dah nak naik sekolah la....

ermm tak lama lagi dah nak naik sekolah....Kalau Dani dah nak start sekolah maksudnya mama Dani lebih awal kena ke sekolah...hehe tahun depan Dani jadi pengawas jadi secara automatiknya baju dan kasut serta seluar wajib diganti....berbelanja untuk barang keperluannya sahaja hampir menelan rm600 itu belum lagi yuran sekolah kebangsaan dan sekolah agama.. bila fikir-fikir balik itu baru sorang...mcm mana agaknya parents lain yang ramai anaknya menyediakan perbelanjaan untuk naik sekolah ini...bersyukurlah diatas rezeki yang ada...ermmm kalau nak diikutkan era sekarang kita sebagai ibu bapa dah berbeza, zaman mama kecil2 dulu adik beradik ramai, abah cuma kerja jual buku tak ada kasut baru ke beg baru ke...semua tu kirim salam selagi boleh pakai...pakai, selagi tak koyak dan masih muat sumbat je huhu...zaman sekarang demand...dulu pun kalau nak pandai memang pandai sendiri..mak dan abah tak pernah suruh baca buku, tak ada dihantarnya tuisyen2 ni...petang2 keluar main peluh birat semua ada...malam baca buku sendiri tak ada komputer, internet jauh sekali...tapi alhamdulillah mama pandai juga grad lagi hehe..tapi ikut peredaran masa anak2 sekarang sekolah rendahpun dah hantar tuisyen, satu subjek jejak rm30-40 untuk subjek penting itu baru UPSR belum PMR dan SPM lagi...jadi boleh tepu rasanya otak Dani tahun depan dengan segala tuisyen...semoga anakku berjaya

Tiada ulasan: