Sabtu, 29 Jun 2013

kesan makan buah zuriat

ermmm...kesan makan buah zuriat...hehe aku dah start period. tats means last period bulan satu hari tu....bulan jun ni baru ler period datang tapi masih tak normal cuma light brown aja dlm 5 hari...huhu tapi sekurang-kurangnya aku period. memang period tak menentu tu sebab selalunya kalau tiba bulan puasa aku selalu puasa penuh hehe jelous tgk orang boleh cuti 7 hari time period bulan puasa...tapi bila diaorg sibuk ganti puasa maka dengan bangganya aku berkata hehe...aku puasa penuh
        ermmm ramai tanya jumpa la doktor...siapa kata aku tak jumpa doktor???. tapi since my prince Dani tu setahun sampai la dia berumur 10 tahun tak kan la aku kena jumpa doc tiap2 bulan sebab nak period je...aku dah muak nak telan pil2 kesuburan dan perancang utk period....bukan subur tang lain...subur kat lemak aja gamaknye...hehe so sekarang nie hanyalah berserah...tawakal dan redha...lagipun doc pun dah boring tgk muka aku...dr dia charge mahal...sampai dia kesian, charge murah....pas tu mahal balik hehe...tak apalah nak buat mcm mana rezeki di tangan tuhan
       dulu sebelum kahwin org tanya bila nak kahwin....dah kahwin tanya juga bila nak beranak....dah beranak tanya juga bila nak tambah anak....dah ada anak tanya juga...bila nak dpt girl or boy...cukupkan sepasang...haha mana ada manusia yang puas dan senang dgn apa yang kita ada....ya allah cukupkanlah aku...sempurnakanlah diriku...soooo aku try buah zuriat ni sebenarnya hanya alternatif aja. baru 2 minggu minum suami isteri ...tak tahu lah akan berhasil ke tidak...in shaa allah semoga allah mengasihani diriku.

Ahad, 23 Jun 2013

gambar pereigee supermoon (untuk rujukan)


preigee supermoon (23.6.13)

Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena preigee supermoon yang dikenali juga sebagai fenomena bulan hampiri bumi itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.
“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena preigee supermoon Bulan paling hampir dengan Bumi ini malam esok.Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, malam esok akan berlaku Bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.
Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah

indeks pencemaran udara daerah muar 23.6.13 (ahad)

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi137*124*91*
JohorLarkin Lama117*100*89*
JohorMuar746*690*507*
JohorPasir Gudang127*110*96*
KedahAlor Setar67*68*65*
KedahBakar Arang, Sg. Petani82*79*78*
KedahLangkawi59*60*60*
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu70*71*76*
KelantanTanah Merah77*77*77*
MelakaBandaraya Melaka357*415*373*
MelakaBukit Rambai334*428*443*
Negeri SembilanNilai94*106*137*

Sabtu, 22 Jun 2013

Mama Dani: buah zuriat aka buah adam dan hawa part 1

Mama Dani: buah zuriat aka buah adam dan hawa part 1: nak selit juga cerita tentang buah nie...disebabkan dah sepuluh tahun anak teruna ku itu....jadi teringin la pulak nak beranak kecil. huhu b...

Mama Dani: menangani masalah remaja (buat gadis remaja)

Mama Dani: menangani masalah remaja (buat gadis remaja):      Sebagai ibu dan bapa, kita juga pernah menjadi remaja...ada masanya jiwa mungkin memberontak untuk mendapatkan apa sahaja keinginan unt...

menangani masalah remaja (buat gadis remaja)

     Sebagai ibu dan bapa, kita juga pernah menjadi remaja...ada masanya jiwa mungkin memberontak untuk mendapatkan apa sahaja keinginan untuk sempurna...sempurna dihadapan kawan mahupun pelajaran. Gagal dalam sesuatu biasanya akan menjadikan kita kecewa...tiada dorongan pula bakal menjadikan kita putus asa. Lalu dimanakah usaha yang sepatutnya kita tanam dalam jiwa anak-anak remaja kita? zaman kita dan mereka amat berbeza namun kita pernah juga melalui emosi yang begitu...tanya lah diri anda selaku ibu dan bapa, Dalam kita merasakan kesempurnaan yang kita telah berikan pada anak-anak kita...adakah kita pernah bertanya dimanakah kurangnya?
      Alam remaja bukan zaman untuk mereka dimarahi...jadikan mereka sahabat kita...kongsi hobi yang mereka minati....berilah nasihat jika mereka rasa tertekan bukan dengan cara berleter tak henti-henti...jika anak anda memang seorang anak yang mendengar kata allhamdulillah namun jika sebaliknya....hati mereka perlu kita halusi, menyelinap masuk umpama pencuri agar dapat hasil yang dihajati. Mana ada pencuri masuk rumah orang mcm pergi hari raya kan?...comfirm terkejut...silap2 parang melayang hehe.
     Dekati anak remaja. Jangan fikir mereka boleh menangani masalah mereka sendiri. mungkin kita rasa mereka sudah terlalu besar untuk diserang hendap...dah pandai buat keputusan...itulah kesilapan ibu bapa. berpegang lah pada kata-kata manusia mana yang tidak membuat silap?...kadang-kadang mungkin janggal untuk bertanya pada anak kita yang mereka sudah mula bercinta atau tidak?...siapa gerangan lelaki itu?...contohnya ibu dan bapa saya dulu pernah berpesan, dengan siapa pun engkau berkawan...bawa lah balik ke rumah supaya emak dan abah tahu dimana nak cari kalau kau hilang..
    bawa balik kawan lelaki memang menakutkan sebab masa itu abah akan tanya soalan mcm polis pencen hehe dan dari situ kita tahu lelaki mana yang ikhlas atau tidak dengan kita sebab lelaki yang tak ikhlas biasanya memang tak berani pun nak bersemuka dengan parents kita...hehe ingat semua lelaki berani ke?...last2 kahwin dengan pilihan orang tua...berbaris2 pak we yang di angkut ke rumah satu pun tak lekat. allhamdulillah gadis dulu lebih terjaga dari sekarang...dan tak salah sebagai ibu bapa kita mencampuri sedikit hal anak2 kita...kalau diaorang kata kita jaga tepi kain dia...kita jawab la balik kalau kita tak jaga tepi kain anak dara kita takut orang lain pulak yang masuk dalam kain anak kita.
     Pernah saya ada seorang pelajar yang ala2 gediks gitu namun saya dekati dia dengan  sepotong ayat saya yang simple sahaja..."cuba kamu lihat goreng pisang yang dijual...diletak tepi jalan dan harganya murah. dimana-mana pun senang didapati walaupun enak dimakan dan tak jemu tapi orang tak heran...bandingkan dengan emas yang tersimpan dengan rapi dalam almari kaca berkunci...sukar dimiliki, nak sentuh sesuka hati tak mudah dan ada pengawal lagi yang menjaga...tapi bila dapat dimiliki emas itu berharga dan dijaga oleh pemiliknya." allhamdulillah pelajar saya memahami maksud yang cuba saya sampaikan dan dia berubah ke arah yang lebih baik.
     mungkin sebab itu lah juga saya menerima anugerah dari allah yang tak ternilai harganya...seorang suami yang berbeza umur tua 10 tahun dari saya...yang tidak saya kenali sebelum kahwin...sekarang menjaga saya dan menghargai tanpa rasa jemu...ceeewah...Olehitu jaga lah anak gadis kita...peliharalah seperti emas yang berharga...huhu tapi kalau ada PEROMPAK????...aaa kan ada CCTV...ALARM...mesti tak kena curi punya. Gunakan lah sedikit petua KUNO orang dulu-dulu supaya anak gadis kita terpelihara maruahnya.

Jumaat, 21 Jun 2013

haishhhh jerebu la pulak...makin teruk nampaknya keadaan di Muar saat ini (21.6.13) bacaan IPU pun dah cecah 373. kalau orang yang tak menetap di Muar saat ini memang kata tak ada apa sangat jerebu ni, tapi rasanya dah 4 hari kami warga muar ni menghidu udara yang sarat dengan debu2 halus...ny prince Dani pun dah start 3 kali berdarah hidung, selsema, tekak kering dan sakit kepala....kita mungkin ok tapi budak2 kesian. bila bawa jumpa doc...biasa je jawapannya alahan cuaca and blaa2...huhu
           pandangan objek jarak 100m pun dah tak terang so, dinasihatkan pak cik2 motor tu supaya nyalakan lah lampu untuk keselamatan . x-cident dah banyak berlaku depan mata....kat rumahpun x-cident jugak hehe pening kepala...langgar dinding...aduh!!! sakit.. owhh dinding rupanya hehe. inilah akibat ketaksuban manusia melakukan pembangunan, pembersihan hutan...dalam cuaca mcm ni tak sesuai laaaa...tak belajar sains ker??? huhu aritu masa ajar tajuk environmental destruction kat pelajar kenit ku disekolah semua nganga..."tahu tak apa itu jerebu dan bagaimana ia berlaku?"..huhu siap tunjuk powerpoint, carta, gambar bagai....haha hari tu start jerebu ....terus cakap dgn they all...ini lah jerebu. so pada cik abg yg hisap rokok tu tak payah la beli rokok lagi cozzz dah dapat asap free...sedut je...sama tak rasa? hehe jangan marah eaa. but kesian kat my hubby yang memang tak merokok dan terus kena sesak nafas, mula batuk2 dan selsema...what the worst. huhu semoga warga muar sihat2 belaka...semoga juga keadaan ini berkurangan.

tahukah anda?

Do You KnowChameleon memiliki lidah 5 kali lebih panjang daripada badannya sendiri.
Do You KnowSemut tidak pernah tidur. 

simple science experiment

http://www.sciencekids.co.nz/experiments.html

funny science fact

  • Rabbits and parrots can see behind themselves without even moving their heads!
  • Butterflies taste food by standing on top of it! Their taste receptors are in their feet unlike humans who have most on their tongue.
  • Most of the dust in your home is actually dead skin! Yuck!
  • Although the Stegosaurus dinosaur was over 9 metres long, its brain was only the size of a walnut.
  • Humans get a little taller in space because there is no gravity pulling down on them.
  • Because of the unusual shape of their legs, kangaroos and emus struggle to walk backwards.
  • A hippopotamus may seem huge but it can still run faster than a man.
  • Even if an analog clock is broken, at least it shows the correct time twice a day.
  • Sneezing with your eyes open is impossible.
  • The trickiest tongue twister in the English language is apparently "Sixth sick sheik’s sixth sheep’s sick". Give it a try and see for yourself.

    fakta sains tentang haiwan

    Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.  Semut juga berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya dan mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan. 

    Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

    Kucing tidak boleh merasa rasa manis. 

    Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja. 

    Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

    Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit. 

    Gajah Afrika hamil selama 640 hari. 

    Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

    Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 

    Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 

    Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu. 

    Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam. 

    Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

    Najis  seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang. 

    Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.  

    Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya. 

    Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat. 

    Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.  

    Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. 

    Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

    Cacing gergasi Australia adalah cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

    Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US. 

    Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

    Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.  

    Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.   

    Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi dengan memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.  

    Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.   
    Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta. 

    Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia. 
    Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.  

    Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Sebagai contoh, kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.Kesian sama haiwan2 ini..Tapi bukankah untuk penyelidikan yang mana memberi kebaikan kepada manusia jugak kan?

    Khamis, 20 Jun 2013

    mendisiplinkan anak bermula dari bawah

    Memang sukar untuk menghasilkan anak yang berkualiti berbanding menambah kuantiti. Ruangan ini mungkin boleh kita kongsikan bagaimana untuk membentuk disiplin anak-anak kita lebih-lebih lagi anak lelaki yang memerlukan mereka memahami maksud tanggungjawab. Seawal usia anak lelaki saya berumur 3 tahun dan tahu untuk menyuap makanan sendiri, saya tidak pernah membataskan dia menggunakan pinggan atau cawan. Itu adalah persepsi pertama yang mana orang-orang tua kata...jangan bagi guna pinggan kaca nanti pecah. Anak saya terus menggunakan pinggan kaca seawal dia tahu menguruskan suapan makanannya sendiri kerana saya memang tak sayangkan pinggan atau cawan sebiji yang pecah...kalau pecah kita boleh ganti tapi membentuk jati diri anak-anak kita bukan berharga sepinggan kaca. hasilnya saya sudah dapat lihat sekarang dalam usia anak saya 10 tahun hanya sekali itu lah...sewaktu mula-mula dia menggunakan barangan kaca...kaca itu pecah berderai...selepas daripada itu, anak orang masih menggunakan pinggan dan cawan plastik tetapi anak saya telah dan amat tertib menggunakan pinggan dan cawan kaca.
               Bukan untuk membanggakan anak sendiri tetapi untuk berkongsi idea para ibu dan pendidik...dengan sekali kaca pecah didepan mata dan sedikit terluka, anak saya sedari umur 3 tahun memang tahu risikonya dan dia tetap menggunakan barangan kaca tetapi dengan lebih berhati-hati kerana semasa dia ketakutan saya katakan padanya....Dani...u need to be carefull...kalau tak nak kaca itu jatuh. dan selepas itu sambil dia memegang barang kaca mulut comelnya sentiasa terkumat-kamit menyebut carefull dalam pelat2...sehingga sekarang dia adalah seorang anak yang agak berhati2 dengan perkara yang dirasakan bahaya.
              disaat orang lain sibuk mencari pinggan plastik, anak saya telah termotivasi dengan sendirinya kerana dia merasa dirinya lebih matang kerana rakan sebaya dengan takut2 menggunakan pinggan plastik tetapi dia tidak...in shaa allah semoga anak saya dan anak2 puan akan lebih bermotivasi dalam membentuk jati diri. Janganlah kita sebagai pengasuh memomok-momok kan mereka dengan perkara yang benar. hari ini bila saya tanya adakah dia ingat dia pernah pecahkan pinggan ...dia akan jawab ingat...tapi Dani tak kan pecahkan lagi sebab kalau luka ...sakit dan dia tambah lagi..."lagipun mama , kalau hari-hari pinggan pecah..kita nak makan pakai apa"....saya jawab, kita pakai la daun pisang...hehe dan saya terangkan padanya ...orang lelaki perlu ada tanggungjawab yang besar setelah dia dewasa.
               "Apabila Dani dewasa, mama dan papa sudah tua, kalau Dani sudi...Jagalah mama dan papa...masa tu mungkin Dani dah ada isteri dan anak.  Jadi tanggungjawab Dani besar macam Dani pegang pinggan tu...kalau Dani pegang betul-betul, pinggan tu tak akan jatuh dan pecah...Dani perlu basuh dan simpan supaya selama-lamanya pinggan tu dalam jagaan dani dengan baik. kalau Dani pegang sambil lewa pinggan tu akan terlepas dari tangan Dani...maksudnya pinggan milik dani tu dah tak ada...pecah berkecai. Jadi mama harap selagi benda itu milik Dani....Dani kena jaga dan bertanggung jawab...seperti pinggan tu."
             Tapi mama kalau tiba-tiba pinggan tu pecah sendiri mcm mana?....Oooowh kalau mcm tu tak apa kerana Allah sudah mentakdirkan itu bukan hak kita lagi. Bukan ke semua yang kita miliki ini hak Allah?...kita juga hak Allah....Allah beri kita pinjam dan bila Allah suruh pulang..maka pulanglah dan itu bukan lagi hak Dani ...itu hak Allah. semoga anak kita memahami erti tanggungjawab. Kita juga bertanggungjawab menghasilkan anak yang berkualiti kerana itu adalah hak allah....

    Rabu, 19 Jun 2013

    in- coming house to stay di Muar...2014...di Jalan Abdul Rahman Muar 
    15 minit ke tanjung emas untuk menikmati rojak petis, ABC dan mee bandung muar
    5 minit ke gerai murtabak singapura salman yang sedap
    pagi2 ada warung yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional melayu 5 minit dr rumah
    10 minit ke pusat bandar yang ada pelbagai sarapan pagi...terminal sate, lontong dan soto di muar..
    5 minit ke warung roti canai
    berhampiran dengan masjid dan surau
    berhampiran dengan sekolah kebangsaan seri jong, muar
    20 minit ke pekan parit jawa
    10 minit ke kedai 7 eleven dan klinik asia 24 jam
    hehe...rumah ni kalau tak ada orang nak beli...nantikan kemunculan house to stay di muar
    yang strategik dan for muslim only
    dijamin halal dan selesa.
    wait until 2014...


    bulan berputar pada paksinya menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi

    Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjat dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
    Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya (period of rotation) dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi (period of sideral revolution) adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.
    Sila perhatikan bahawa sebenarnya, kita dapat mencerap lebih dari separuh permukaan Bulan. Putaran orbit Bulan mengelilingi Bumi adalah tidak begitu bulat dan paksinya pula tidak begitu menegak berbanding dataran orbit putarannya. Oleh yang demikian, Bulan berayun sedikit. Fenomena ini dipanggil libration. Ini menyebabkan, dari Bumi kita dapat mencerap sebanyak 59 peratus permukaan Bulan.
    Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.

    Selasa, 18 Jun 2013

    CARA MENJAWAB SAINS BAHAGIAN B 018 SEKOLAH RENDAH

    TUJUAN

    Untuk mengkaji hubungan antara PUM dengan PUB selepas eksperimen

    HUBUNGAN/ HIPOTESIS/ KESIMPULAN BERHIPOTESIS

    Semakin CORAK PUM, Semakin CORAK  PUB

    atau

    Jika PUM adalah CORAK, maka PUB akan CORAK  

    PEMERHATIAN

    PUB semakin  CORAK

    semua yang ada di atas lebih kurang seperti formula menjawab sains sekolah rendah tapi bukan tulis bulat2 mcm tu...hehe nanti saya akan terangkan sedikit demi sedikit. 

    CORAK : corak tu adalah pola pada nombor samaada (meningkat, menurun, sekata) kalau ada 2 corak kena tulis 2 ...kalau ada 3...tulis lah 3 coraknya kalau satu...satulah coraknya tetapi tidak boleh disambungkan dengan perkataan "dan " kerana ianya seolah-olah menunjukkan hubungan...
    contoh : 23, 24, 25,25, 26, 27,28 disini ada 3 corak iaitu meningkat, sekata, meningkat

    PUM: tuuu sebenarnya pemboleh ubah dimanipulasi...hehe apa-apa sahaja yang membuatkan keputusan eksperimen berbeza. objek yang berbeza untuk menghasilkan keputusan eksperimen. 
    contoh ayat : mereka menggunakan panjang tali bandul yang berbeza..
    perkataan berbeza itu hanyalah keyword dan tak perlu ditulis pada jawapan jadi untuk pembolehubah dimanipulasi bolehlah ditulis : panjang tali bandul/cm

    PUB : Haaa ini pula adalah pembolehubah bergerakbalas ataupun hasil eksperimen...selalunya saya tambah dengan perkataan selepas eksperimen untuk anak2 murid saya bagi mengukuhkan ianya sebagai hasil sesuatu eksperimen....keywords yang boleh diberi perhatian adalah menunjukkan, hasil eksperimen, keputusan, direkodkan 
    contoh ayat : bilangan ayunan bandul /saat telah direkodkan jadi....
    jawapannya adalah bilangan ayunan bandul / saat selepas eksperimen
    hehe semoga kita jumpa lagi...next lesson

    buah zuriat aka buah adam dan hawa

    sambung semula...dah sampai nak guna kaedah tradisional ni bukan sebab aku tak pernah guna atau usaha cara lain...dah berurut, dah makan biodex, dah cucuk sendiri kat perut injek kesuburan, dah telan bertong2 pil kesuburan, dah check tiub follapion....dah bermacam-macam usaha...tapi selagi allah belum mengizinkan kita tak mungkin akan dapat merasai nikmatnya....wallahu alam. buah ni tak ada kat malaysia jadi sesiapa yang berhajat bolehlah kirim pada saudara mara yang mengerjakan umrah di mekah. kita hanya berusaha namun allah yang menentukan....tahun lepas aku pernah makan buah nie tapi salah cara daa....salah information hehe sebab tahun lepas aku dapat sebiji je buah ni....dah la orang suruh kupas sabut, pecahkan tempurung buah yang keras gila tu.....rebus dan minum airnya....huhu salah rupanya. so tahun ni aku dapat 3 biji buah tu orang sedekah jadi cuba la lagi...mana la tahu ada rezeki...
    kalau nak tgk gambar buah tu ermmm search la internet kat image tu banyak....cara2nya
    belah 2 buah tu guna pisau potong daging, ketuk pisau tu guna tukul besi ...sampai buah tu terbelah dua...rebus semua bahagian tu...(dulu aku buang sabut sekali huhu) dan amalkan minum setiap hari suami dan isteri ( dulu laki aku tak minum....aku jek minum) bersama doa nabi zakaria....inshaa allah tapi akupun baru mencuba sooo sesiapa yang baru try buah ni sama-sama lah kita berusaha ya...manalah tahu usaha kita kali ini diizinkan allah..
    setiap kesukaran dan kepayahan yang kita lalui ....mungkin ada sedikit sinar kebahagiaan yang allah ingin hadiahkan buat kita...wink2 para2 isteri yang budiman tak mau emo2 dan tension atau stress...hehe sayangi suami anda haha...

    buah zuriat aka buah adam dan hawa part 1

    nak selit juga cerita tentang buah nie...disebabkan dah sepuluh tahun anak teruna ku itu....jadi teringin la pulak nak beranak kecil. huhu bila org kata aku merancang atau makan pil perancang sebab tak nak anak ramai memang rasa nak terajang je muka org yang tanya.
    alkisahnya anak teruna aku tu bukan lah satu2 nya zuriat yang aku ada sebab lagi 3 menunggu aku di pintu syurga huhu zuriat pertamaku muhd luqman dan ahmad hakimi aku namakan mereka...kembar yang meninggal didalam rahimku sebelum sempat menjengah dunia hanya berusia genap 6 bulan kandungan ku ketika itu. masa tu memang sedih manakan tidak...anak sulung, kembar pulak tu...memang tak boleh terima. namun itu hanyalah pinjaman dari Allah SWT...syukur kerana sekurang-kurangnya meminjamkan 2 nyawa di dalam rahimku sungguh aku bahagia....
    anak kedua tak sempat diberi nama disebabkan baru 4 bulan mengandung aku dah bleeding...namun syukur padamu Allah memberikan aku kekuatan untuk menghadapinya...dan setelah setahun aku dan suami mencari ketenangan....berdoa dan berusaha akhirnya aku mengandung lagi namun ketika itu kandungan diuji...ada cyst yang membesar bersama kandunganku ketika itu. syukur juga kerana cyst itu diluar rahim dan doktor kata pembedahan itu tak akan memberi kesan pada kandunganku. ...4 inci beb kena operate dengan perut yang semakin membesar memang sukar...huhu
    habis trimester pertama aku bleeding jadi doktor menasihatkan aku dan suami supaya tidak bersama sehingga kandungan selamat dilahirkan....aku pun pandang muka en. suami..."tahan ke" ...dia kata kalau aku sanggup mengorbankan perkara yang begitu besar untuk dia tak kan dia mengabaikan hanya disebabkan sedikit perkara yang perlu dikorbankan....memang aku salute la dgn my hubby...memang 9 bulan 10 hari tu dia adalah lelaki terbaik dan sehingga kini...allhamdulillah...setiap bulan kena injek untuk kuatkan rahim dan hampir kandungan mencecah 8 bulan kena injek dexa untuk kuatkan paru2 baby....sakit woooo fuh itulah pengalaman yang paling berharga untuk aku....lalu lahirlah zuriatku yang pertamanya Dani Zaim walaupun kalau nak diikutkan nombor 3 ....haha jadi sempena tahun ini dah genap 10 tahun umur anak terunaku...rasanya aku nak berusaha lagi sebelum umur mencecah 40...huhu sekarangpun dah 35 tahun...my hubby 45...uishhhh syishhh rahsia...belum masuk kisah buah zuriat lagi ya...pergi ke part 2 pulak nanti

    Jumaat, 14 Jun 2013

    MAKSUD FAKTA, KONSEP, HIPOTESIS, PRINSIP, HUKUM DAN TEORI SAINS

    FAKTA     :
    suatu peristiwa, kenyataan atau pemerhatian yang diketahui benar atau dianggap benar berdasarkan pemerhatian

    KONSEP  :
     idea, proses, fenomena atau gagasan yang mempunyai ciri sepunya

    HIPOTESIS :
     pernyataan umum yang difikirkan benar bagi menerangkan sesuatu peristiwa yang bersifat sementara dan boleh diuji. membuat hipotesis adalah langkah penting dalam penyelidikan sains

    PRINSIP   :
     pengitlakan mengenai perhubungan beberapa konsep. prinsip dibina berdasarkan beberapa pemerhatian melalui penakulan induktif

    HUKUM   :
     prinsip yang dibukti benar dan diterima oleh ahli sains

    TEORI      :
     rangkaian fakta, konsep dan prinsip dalam pernyataan lebih luas untuk mengitlak secara sementara sesuatu kejadian, peristiwa atau fenomena. Teori boleh disahkan kebenarannya atau dibatalkan sahaja berdasarkan dalil yang baru sama ada bersifat maujud atau mujarad

    Khamis, 13 Jun 2013

    murid tahun 6 sk seri jong sedang mendengar amanat dari guru sains nya dengan teliti haha

    mengukur menggunakan nombor ya anak-anak muridku....memerhati dan berkomunikasi adalah kemahiran saintifik ...kat sini sebenarnya kita dah nampak peluang anak murid kita bila besar akan jadi apa..kalau nak kira pun terkial2...di suruh tolong duduk tepi jadi pak pacak ajer memang nak kena la dgn cikgu sains diaorg. ...

    boleh la troli nie....

    apabila murid dah mahir dengan semua kemahiran proses sains...dgn sendirinya mereka akan berkembang sebagai saintis yang berjaya ...peace yoooo


    memerhati dan mengelas KSSR sains

    begini la keadaan makmal di sk seri jong...simple but they love to learn science ...hehe

    haaa tu dia....cikgu kita ada rama-rama besar, esok kita bawak ek...hoho besar gila dia bawa. ingat saja nak buat gempak...

    cikgu semalam kita tangkap belut...ha??? belut ??? 
    kita nak bawa belut kita juga tau...huhu tapi bila dah sampai sekolah, "cikgu mak kata cikgu aja la tolong jaga belut ni...kita penat la nak bela dia"  wink...wink aduh anak-anak muridku

    anak kura-kura pun ada. 
    mengajar sains lebih baik kalau ada real model mereka lebih excited

    untuk ciri-ciri haiwan KSSR tahun 3 kalau tak ada real model ambil la model haiwan kat makmal tu...kalau sekolah di luar bandar suruh aja diaorg bawa haiwan belaan hehe upss haiwan peliharaan, memang ramai yang volunteer nak bawa sambil bermegah2 nak tunjuk dgn kawan apa yang dia ada hehe...seronok bila tgk pelajar kita seronok explore tapi yang tak seronok ni bila dgr diaorg discuss huhu suara masing2 tak nak kalah. haru biru dibuatnye....

    masalah kssr sains tahun 3

    pernahkah terfikir bahawa subjek TMK utk sains KSSR tahun 3 itu membebankan guru. Ini kerana 3 waktu bersamaan 90 minit waktu pembelajaran dengan pecahan 2 waktu dan 1 waktu tidak mencukupi untuk menyelitkan TMK iaitu pendedahan kepada teknologi maklumat. Bukan mudah bagi seorang guru diluar bandar yang mempunyai bilangan pelajar seramai 39 orang dalam satu kelas tahun 3 hendak menyimpan evidens TMK setiap pelajarnya jika makmal komputer sekolah hanya mempunyai 7 buah komputer sahaja yang boleh digunakan!!!!! urghhhh tension. masalah itu cuba diatasi dengan meletakkan 5-6 orang untuk satu komputer....mereka tetap tidak mendapat manfaat kerana kecerdasan yang pelbagai. ada yang fast learner ada yg very2 slow learner...cuba juga agihkan separuh buat latihan separuh lagi buat TMK...pun ada masalah sebab semua menjerit..cikgu mcm mana nak buat !!! cikgu komputer ni terpadam!!!cikgu dia kacau saya!!! huhu cikgu ada budak curi barang kita!!! bila ditegur untuk mengawal keadaan....cikgu ada budak terkencing!!!huhu terperanjat la gamaknya. 39 orang pelajar bukan jumlah yang ideal untuk satu kelas tahap satu. cadangan: sediakan la seorang guru mahir komputer untuk mengajar subjek TMK ...cadangan ini bukan sebab cikgu sains tak tahu guna komputer tapi prasarana tu yang kurang...huhu sekadar luahan..anda bagaimana?