Sebagai ibu dan bapa, kita juga pernah menjadi remaja...ada masanya jiwa mungkin memberontak untuk mendapatkan apa sahaja keinginan untuk sempurna...sempurna dihadapan kawan mahupun pelajaran. Gagal dalam sesuatu biasanya akan menjadikan kita kecewa...tiada dorongan pula bakal menjadikan kita putus asa. Lalu dimanakah usaha yang sepatutnya kita tanam dalam jiwa anak-anak remaja kita? zaman kita dan mereka amat berbeza namun kita pernah juga melalui emosi yang begitu...tanya lah diri anda selaku ibu dan bapa, Dalam kita merasakan kesempurnaan yang kita telah berikan pada anak-anak kita...adakah kita pernah bertanya dimanakah kurangnya?
Alam remaja bukan zaman untuk mereka dimarahi...jadikan mereka sahabat kita...kongsi hobi yang mereka minati....berilah nasihat jika mereka rasa tertekan bukan dengan cara berleter tak henti-henti...jika anak anda memang seorang anak yang mendengar kata allhamdulillah namun jika sebaliknya....hati mereka perlu kita halusi, menyelinap masuk umpama pencuri agar dapat hasil yang dihajati. Mana ada pencuri masuk rumah orang mcm pergi hari raya kan?...comfirm terkejut...silap2 parang melayang hehe.
Dekati anak remaja. Jangan fikir mereka boleh menangani masalah mereka sendiri. mungkin kita rasa mereka sudah terlalu besar untuk diserang hendap...dah pandai buat keputusan...itulah kesilapan ibu bapa. berpegang lah pada kata-kata manusia mana yang tidak membuat silap?...kadang-kadang mungkin janggal untuk bertanya pada anak kita yang mereka sudah mula bercinta atau tidak?...siapa gerangan lelaki itu?...contohnya ibu dan bapa saya dulu pernah berpesan, dengan siapa pun engkau berkawan...bawa lah balik ke rumah supaya emak dan abah tahu dimana nak cari kalau kau hilang..
bawa balik kawan lelaki memang menakutkan sebab masa itu abah akan tanya soalan mcm polis pencen hehe dan dari situ kita tahu lelaki mana yang ikhlas atau tidak dengan kita sebab lelaki yang tak ikhlas biasanya memang tak berani pun nak bersemuka dengan parents kita...hehe ingat semua lelaki berani ke?...last2 kahwin dengan pilihan orang tua...berbaris2 pak we yang di angkut ke rumah satu pun tak lekat. allhamdulillah gadis dulu lebih terjaga dari sekarang...dan tak salah sebagai ibu bapa kita mencampuri sedikit hal anak2 kita...kalau diaorang kata kita jaga tepi kain dia...kita jawab la balik kalau kita tak jaga tepi kain anak dara kita takut orang lain pulak yang masuk dalam kain anak kita.
Pernah saya ada seorang pelajar yang ala2 gediks gitu namun saya dekati dia dengan sepotong ayat saya yang simple sahaja..."cuba kamu lihat goreng pisang yang dijual...diletak tepi jalan dan harganya murah. dimana-mana pun senang didapati walaupun enak dimakan dan tak jemu tapi orang tak heran...bandingkan dengan emas yang tersimpan dengan rapi dalam almari kaca berkunci...sukar dimiliki, nak sentuh sesuka hati tak mudah dan ada pengawal lagi yang menjaga...tapi bila dapat dimiliki emas itu berharga dan dijaga oleh pemiliknya." allhamdulillah pelajar saya memahami maksud yang cuba saya sampaikan dan dia berubah ke arah yang lebih baik.
mungkin sebab itu lah juga saya menerima anugerah dari allah yang tak ternilai harganya...seorang suami yang berbeza umur tua 10 tahun dari saya...yang tidak saya kenali sebelum kahwin...sekarang menjaga saya dan menghargai tanpa rasa jemu...ceeewah...Olehitu jaga lah anak gadis kita...peliharalah seperti emas yang berharga...huhu tapi kalau ada PEROMPAK????...aaa kan ada CCTV...ALARM...mesti tak kena curi punya. Gunakan lah sedikit petua KUNO orang dulu-dulu supaya anak gadis kita terpelihara maruahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan