Selasa, 2 Julai 2013

mengatasi anak lelaki yang baru cuba menipu

waa...waa..anak mama dah cuba nak menipu...huhu sedihnya hati, tapi nak tergelakpun ada...dikisahkan satu hari anak bujangku yang berumur 10 tahun cuba nak menipu huhu...kebiasaan Dani akan mengambil air sembahyang dan menyarung jubah lalu bersembahyang dan akan datang kepada aku untuk bersalam...itu adalah rutin anak kesayanganku...tapi disebabkan pada satu hari tu aku tengah tidur2 ayam dengan mata memandang ke bilik anak teruna, aku lihat dia menyarung jubah tapi terus bersalaman dengan aku...aik..tak kan terlupa nak sembahyang kot budak bertuah ni...tapi aku cuba bertanya...dah sembahyang ke dani??? dengan selamber dia menjawab....dah mama...haha apa lagi dengan sepantas kilat la aku bertindak huhu maklumlah pantang dengan orang menipu...perkara pertama selepas aku pukul dia akupun tanya
1. Apa dani dapat dengan menipu??? dia diam
2. Ustazah ajar beriman kepada siapa? dia jawab Allah
3. bukan dengan syaitan? bukan
4. habis kalau bukan beriman dengan syaitan..kenapa ikut perangai syaitan?...diam
5. sakit tak kena pukul? ...sakit
6. takut ke mama marah?...takut
7. habis kalau mama pukul sakit dan mama marah takut...dengan allah tak takut?...berfikir
8. tak takut ke api neraka?...takut
9. takut hantu ke takut allah?...diam
10...mama marah sebab mama jalankan tanggungjawab mama...tanggungjawab mama dah selesai ...mama didik dani dengan baik dan elok...tugas mama dah selesai..akan datang dani dewasa , mama akan mati dan dani akan ada isteri..ada anak...masa tu kalau mama dalam kubur...tanggungjawab dan amanah allah pada mama untuk dani dah selesai...tapi dani masih ada tanggungjawab...takut tak mati?...takut
11. kenapa takut mati?...takut kena siksa
12. habis kenapa buat?....saja2 cuba.........walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saja cuba bertuah punya anak...kalau hari ini tak perasan...comfirm dia buat lagi huhu...didiklah anak dengan sempurna kerana anda membawa amanah allah hingga ke liang lahat

Tiada ulasan: