Rabu, 6 November 2013

eksperimen telur


telur yang direndam dalam larutan cuka akan menghakis lapisan luar kulit telur yang keras...yang tinggal hanya selaput putihnya sahaja. dalam masa 48 jam clear...hehe try la buat dgn anak-anak kat rumah aktiviti sains ni

Isnin, 23 September 2013

testimoni dnars skincare...jerawat kronik

yang testimoni ni mengalami masalah kulit berminyak dan jerawat kronik. selapas guna toner treatment dan set jerawat...jerawatnya mula berkurang


testimoni dnars skincare...


ini la hasil sebelum dan selepas memakai dnars skincare...yg tudung biru tu sebelum...dan tudung merah tu selepas

Selasa, 27 Ogos 2013

kerana anda adalah wanita: tawaran bulan ogos....cash on delivery muar/ledang...

kerana anda adalah wanita: tawaran bulan ogos....cash on delivery muar/ledang...: set jerawat/berminyak rm 59.90 beza krim siang dan krim malam untuk set jerawat dan berminyak....setiap satu rm 26.90 ...

kerana anda adalah wanita: krim kunyit/ krim ku neng dnars

kerana anda adalah wanita: krim kunyit/ krim ku neng dnars: krim kunyit / krim ku neng dnars harga rm 26.90....tidak sesuai dipakai oleh mereka yang masih mempunyai jerawat aktif....takut jerawat ak...

kerana anda adalah wanita: testimoni dnars adalah diri saya sendiri

kerana anda adalah wanita: testimoni dnars adalah diri saya sendiri: bezakan kulit muka saya (ditengah-tengah) sebelum menggunakan produk dnars.... dan ini adalah gambar terbaru selepas sebulan me...

testimoni dnars adalah diri saya sendiri

bezakan kulit muka saya (ditengah-tengah) sebelum menggunakan produk dnars....



dan ini adalah gambar terbaru selepas sebulan menggunakan dnars...allhamdulillah anda boleh hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dnars di kawasan muar/ ledang....dan lihat leher anak saya....ermmmm saya baru hendak mencuba sabun pemutih pada lehernya.... selepas sebulan saya akan upload gambar anak teruna saya ya

Isnin, 26 Ogos 2013

krim kunyit/ krim ku neng dnars

krim kunyit / krim ku neng dnars
harga rm 26.90....tidak sesuai dipakai oleh mereka yang masih mempunyai jerawat aktif....takut jerawat akan bertambah. Tetapi bagi mereka yang telah pasti tiada jerawat aktif bolehlah memakai krim tersebut dan akan mendapat hasil yang menakjubkan...kulit bebas cela, parut jerawat akan hilang dan kulit mulus...jadi bagi sesiapa yang kulit berjerawat...jgn terlalu gopoh mencantikkan kulit. kita ikut step by step...hilang jerawat baru kita hilangkan parutnya...

Ahad, 25 Ogos 2013

tawaran bulan ogos....cash on delivery muar/ledang


set jerawat/berminyak rm 59.90




beza krim siang dan krim malam untuk set jerawat dan berminyak....setiap satu rm 26.90

foundation untuk kulit berminyak dan normal rm 39.90

set trial jerawat dan set trial normal/ jeragat rm 59.90
beza set jerawat ada 2 sabun jerawat/ berminyak berbanding set jeragat ada satu sabun jerawat dan satu sabun collagen.
plus
krim siang dan krim malam

Tawaran bulan Ogos...
1. set trial normal, toner collagen, foundation collagen  rm127.70 kini rm 125.00
2. set trial jerawat, toner treatment, foundation oil control rm121.17
 kini rm 118.00
sms 0127998674 untuk cash and delivery sekitar muar/ledang


dnars skincare di muar/ sg mati/ ledang/ kesang/ tg agas...sms 0127998674


sebelum menggunakan dnars...kulit kusam dan ada jerawat besar bernanah di tepi pipi dan saya telah menggunakan pelbagai produk tapi hasilnya biasa-biasa sahaja
 
setelah menggunakan dnars 2 minggu set trial jerawat kecut dan kulit muka semakin cerah tiada lagi kesan sunburn yang ketara...

Isnin, 19 Ogos 2013

dnars skincare

beberapa tahun mengalami kulit kusam dan tona tak sekata serta masalah jerawat... saya telah menggunakan dnars skincare trial set untuk kulit berminyak dan berjerawat....hasilnya allhamdulillah kulit semakin cerah dan jerawat mengecut...terus menjadi pengedar...nantikan pengedar dnars sekitar muar/pt. bunga/ sg.mati ya....bermula 26.8.13....saya akan update harga promosi dan gambar-gambarnya untuk berkongsi pengalaman sebagai pengguna....sesiapa yang berminat boleh hubungi saya....(sms-0127998674) cash on delivery ke tempat anda.

Jumaat, 12 Julai 2013

bersyukurlah

as salam....bersyukurlah kita dalam menerima nikmat allah...bersyukurlah kerana kita masih berpeluang hidup didunia ini...bersyukurlah kerana allah mengizinkan kita berada dalam keadaan yang sempurna dan seadanya...bersyukurlah kerana allah memberikan kita pinjaman tanpa perlu membayar dan menambah faedahnya!!!!...hanya bersyukur dengan segala apa yang kita ada...
               Kenapa anak-anak gadis diluar sana semakin liar....kenapa anak-anak teruna menjadi sukar dikawal????....gadiskah anak gadis kita?...teruna kah anak teruna kita?....tidakkah mereka terjebak dengan gejala sosial dan dadah???? berapa ramai yang insaf dan berapa ramai yang hanyut????....bersyukurkah kita dengan membayar segala pinjaman dari allah dengan segala keburukan pada diri kita ?...sedangkan Allah menzahirkan kita dengan segala kesempurnaan....hati yang suci bersih..tanpa dosa...tanpa kurang namun kenapa kita rosakkan hati bersih yang allah hadiahkan kepada kita?...kenapa mudah sangat kita racun isi perut kita dengan benda-benda kotor????sedangkan allah hadirkan diri kita dengan seribu kesucian yang tak ternilai harganya....
                 Hai anak-anak adam...bersyukurlah dengan kurniaan Allah....sebagai ibu dan bapa jika anak terpesong....tunjukkanlah jalan yang lurus.....kiranya anak dalam kegelapan...suluhlah mereka walaupun hanya dengan sedikit cahaya agar mereka nampak jalannya....kalau anak tersungkur sambutlah tangan mereka ...pimpinlah seperti dulu...semasa kita melatih mereka bertatih...mulakan kembali langkah yang dulu. Usah biarkan anak-anak kita...mereka anugerah allah kepada kita...mereka zuriat kita...benih kita dan darah daging kita....kenapa kita tidak bersyukur kerana memiliki mereka????...mereka adalah ujian allah kepada kita...andai kita berjaya maka luluslah kita dalam ujian allah untuk menghasilkan modal insan berkualiti...
                    dengan sedikit rasa syukur, sedikit kesederhanaan, sedikit rasa rendah diri, sedikit rasa kasih sayang....perbaikilah diri kita sedikit demi sedikit...Allah maha mendengar walau sebesar manapun dosa kita...walau setinggi manapun kesilapan kita....bersyukur juga bagi saya kerana terbitnya naluri diri untuk mencoret disini....semoga dengan rasa syukur yang allah beri saya mampu memberikan sedikit motivasi buat ibu bapa dan anak-anak yang sudi membaca blog ini.....semoga allah merahmati kita....selagi dia mengizinkan kita bernyawa...bersyukurlah dengan membuat kebaikan....in shaa allah

Jumaat, 5 Julai 2013

dia suamiku

mengenalinya disaat 
hati terluka dihiris sembilu...
mengenalinya
 menjadi keterpaksaan dalam jam hidupku...
mengenalinya membuatkan aku rasa terganggu...
namun
disaat aku mengenalinya...
nafasku terasa baru...
denyut nadiku seakan laju...
darah merahku semekar dulu...
dan aku tahu...
sesungguhya allah menghadiahkan dia buatku
dan menganugerahkan aku buat suamiku
dan aku bersyukur
kerana aku mengenali suamiku...
dia suamiku
yang tidak jemu mendengar suaraku
yang tidak jenuh menemani diriku
yang sentiasa memenuhi segala permintaanku
yang mampu menjadi imamku
yang sentiasa mendoakanku
yang rela menerimaku
walau seadanya diriku
terima kasih suamiku
kerana mengizinkan aku mengenalimu....

sains bahagian B

jika mendapat soalan sains bahagian B yang tidak mempunyai jadual anda perlu menganalisis gambarajah yang diberikan untuk mengenalpasti pembolehubah
pasu yang sama saiz / jenis biji benih yang sama
bilangan anak benih berlainan
hasil eksperimen ketinggian anak pokok /cm selepas eksperimen telah direkodkan
setelah mengenalpasti semua pembolehubah dalam gambar, cuba adik-adik jawab:
1. tujuan penyiasatan
2. senaraikan 2 pembolehubah yang perlu dikenalpasti
3. nyatakan hubungan berdasarkan pembolehubah
4. nyatakan inferens daripada penyiasatan ini
5. buat pemerhatian mengenai penyiasatan ini....
boleh semak jawapan nanti..........




Rabu, 3 Julai 2013

bersihkan hati anak

as salam....
para2 ibu....bersihkanlah hati dan roh2 anak-anak kita dengan memperdengarkan alunan bacaan al-quran dan zikir munajat....bukan orang yang telah meninggal dunia sahaja memerlukan hadiah ayat dan bacaan zikir....roh anak2 kita yang bersama kita jua perlu dibiasakan dengan zikir..basahilah lidah mereka dengan zikir....bisikkan ayat suci lagi merdu ke deria pendengaran mereka...in shaa allah akan mudah membentuk anak-anak kita dengan peribadi yang baik dan sempurna. lahirkan lah generasi ulul albab walaupun mereka berada di era kegemilangan IT...hehe kita memohon kesempurnaan buat anak2 kita dan semoga Allah mendengar dan memperkenankan doa kita...semoga anak saya dan anak2 para ibu diluar sana akan menjadi insan yang teguh imannya dan berkembang ilmunya. anak yang seimbang dari segi emosi, rohani , intelek dan jasmani adalah anak yang akan pergi jauh dalam hidupnya....mereka akan seimbang dari segala segi dan jangan lupa....janji allah adalah pasti...andai kita berusaha allah akan memberikan ......in shaa allah

zikir keampunan


zikir munajat 1


ramlah ram- sesaat kau datang


milky way...solar system


mikroorganisma bergerak


gerhana matahari / eclipses of sun


judika...yang tersakiti


Selasa, 2 Julai 2013

diari hati seorang ibu

tiada apa dalam hati ibu...
hanya rasa syukur kerna punya kamu,
gelak...tangis ibarat lagu,
membesarkanmu tanpa jemu.
...anakku...
tak perlu tahu ...tangis lagu ibumu
cukuplah sekadar sempurna bagimu..
hanya satu permintaan ibu....
jadilah seorang manusia....wahai anakku.
indah....lahirmu seorang lelaki
harap kala bongkokku kau pimpini
ketar tanganku kau gengami
akhir nafasku...ku kau semadi.
ibu hanya insan biasa
tiada harap kaya harta
namun satu perkara berharga
....saat dirimu lahir ke dunia
khas buat anakku dani zaim

mengatasi anak lelaki yang baru cuba menipu

waa...waa..anak mama dah cuba nak menipu...huhu sedihnya hati, tapi nak tergelakpun ada...dikisahkan satu hari anak bujangku yang berumur 10 tahun cuba nak menipu huhu...kebiasaan Dani akan mengambil air sembahyang dan menyarung jubah lalu bersembahyang dan akan datang kepada aku untuk bersalam...itu adalah rutin anak kesayanganku...tapi disebabkan pada satu hari tu aku tengah tidur2 ayam dengan mata memandang ke bilik anak teruna, aku lihat dia menyarung jubah tapi terus bersalaman dengan aku...aik..tak kan terlupa nak sembahyang kot budak bertuah ni...tapi aku cuba bertanya...dah sembahyang ke dani??? dengan selamber dia menjawab....dah mama...haha apa lagi dengan sepantas kilat la aku bertindak huhu maklumlah pantang dengan orang menipu...perkara pertama selepas aku pukul dia akupun tanya
1. Apa dani dapat dengan menipu??? dia diam
2. Ustazah ajar beriman kepada siapa? dia jawab Allah
3. bukan dengan syaitan? bukan
4. habis kalau bukan beriman dengan syaitan..kenapa ikut perangai syaitan?...diam
5. sakit tak kena pukul? ...sakit
6. takut ke mama marah?...takut
7. habis kalau mama pukul sakit dan mama marah takut...dengan allah tak takut?...berfikir
8. tak takut ke api neraka?...takut
9. takut hantu ke takut allah?...diam
10...mama marah sebab mama jalankan tanggungjawab mama...tanggungjawab mama dah selesai ...mama didik dani dengan baik dan elok...tugas mama dah selesai..akan datang dani dewasa , mama akan mati dan dani akan ada isteri..ada anak...masa tu kalau mama dalam kubur...tanggungjawab dan amanah allah pada mama untuk dani dah selesai...tapi dani masih ada tanggungjawab...takut tak mati?...takut
11. kenapa takut mati?...takut kena siksa
12. habis kenapa buat?....saja2 cuba.........walaweiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii saja cuba bertuah punya anak...kalau hari ini tak perasan...comfirm dia buat lagi huhu...didiklah anak dengan sempurna kerana anda membawa amanah allah hingga ke liang lahat

perbandingan gerhana bulan dan gerhana matahari



lihat pada jasad yang berada ditengah-tengah

Sabtu, 29 Jun 2013

kesan makan buah zuriat

ermmm...kesan makan buah zuriat...hehe aku dah start period. tats means last period bulan satu hari tu....bulan jun ni baru ler period datang tapi masih tak normal cuma light brown aja dlm 5 hari...huhu tapi sekurang-kurangnya aku period. memang period tak menentu tu sebab selalunya kalau tiba bulan puasa aku selalu puasa penuh hehe jelous tgk orang boleh cuti 7 hari time period bulan puasa...tapi bila diaorg sibuk ganti puasa maka dengan bangganya aku berkata hehe...aku puasa penuh
        ermmm ramai tanya jumpa la doktor...siapa kata aku tak jumpa doktor???. tapi since my prince Dani tu setahun sampai la dia berumur 10 tahun tak kan la aku kena jumpa doc tiap2 bulan sebab nak period je...aku dah muak nak telan pil2 kesuburan dan perancang utk period....bukan subur tang lain...subur kat lemak aja gamaknye...hehe so sekarang nie hanyalah berserah...tawakal dan redha...lagipun doc pun dah boring tgk muka aku...dr dia charge mahal...sampai dia kesian, charge murah....pas tu mahal balik hehe...tak apalah nak buat mcm mana rezeki di tangan tuhan
       dulu sebelum kahwin org tanya bila nak kahwin....dah kahwin tanya juga bila nak beranak....dah beranak tanya juga bila nak tambah anak....dah ada anak tanya juga...bila nak dpt girl or boy...cukupkan sepasang...haha mana ada manusia yang puas dan senang dgn apa yang kita ada....ya allah cukupkanlah aku...sempurnakanlah diriku...soooo aku try buah zuriat ni sebenarnya hanya alternatif aja. baru 2 minggu minum suami isteri ...tak tahu lah akan berhasil ke tidak...in shaa allah semoga allah mengasihani diriku.

Ahad, 23 Jun 2013

gambar pereigee supermoon (untuk rujukan)


preigee supermoon (23.6.13)

Agensi Angkasa Negara (AAN) dalam satu kenyataan media berkata, fenomena preigee supermoon yang dikenali juga sebagai fenomena bulan hampiri bumi itu akan menyebabkan Bulan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih cerah.
“Masyarakat dunia akan berpeluang untuk melihat fenomena preigee supermoon Bulan paling hampir dengan Bumi ini malam esok.Antara kesan jarak bulan yang dekat ini adalah perbezaan pasang dan surut air laut yang tinggi sedikit berbanding kebiasaan,” kata kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, kata kenyataan itu, malam esok akan berlaku Bulan berada pada fasa penuh dan berada pada jarak cuma 356,989 kilometer (km) dengan bumi.
Jelas kenyataan itu, Bulan mempunyai orbit sedikit bujur dan bukan berbentuk bulat sempurna dan menyebabkan jaraknya dengan Bumi sentiasa berubah-ubah

indeks pencemaran udara daerah muar 23.6.13 (ahad)

NEGERI / STATEKAWASAN/AREAMASA/TIME
7:00AM
MASA/TIME
11:00AM
MASA/TIME
5:00PM
JohorKota Tinggi137*124*91*
JohorLarkin Lama117*100*89*
JohorMuar746*690*507*
JohorPasir Gudang127*110*96*
KedahAlor Setar67*68*65*
KedahBakar Arang, Sg. Petani82*79*78*
KedahLangkawi59*60*60*
KelantanSMK Tanjung Chat, Kota Bharu70*71*76*
KelantanTanah Merah77*77*77*
MelakaBandaraya Melaka357*415*373*
MelakaBukit Rambai334*428*443*
Negeri SembilanNilai94*106*137*

Sabtu, 22 Jun 2013

Mama Dani: buah zuriat aka buah adam dan hawa part 1

Mama Dani: buah zuriat aka buah adam dan hawa part 1: nak selit juga cerita tentang buah nie...disebabkan dah sepuluh tahun anak teruna ku itu....jadi teringin la pulak nak beranak kecil. huhu b...

Mama Dani: menangani masalah remaja (buat gadis remaja)

Mama Dani: menangani masalah remaja (buat gadis remaja):      Sebagai ibu dan bapa, kita juga pernah menjadi remaja...ada masanya jiwa mungkin memberontak untuk mendapatkan apa sahaja keinginan unt...

menangani masalah remaja (buat gadis remaja)

     Sebagai ibu dan bapa, kita juga pernah menjadi remaja...ada masanya jiwa mungkin memberontak untuk mendapatkan apa sahaja keinginan untuk sempurna...sempurna dihadapan kawan mahupun pelajaran. Gagal dalam sesuatu biasanya akan menjadikan kita kecewa...tiada dorongan pula bakal menjadikan kita putus asa. Lalu dimanakah usaha yang sepatutnya kita tanam dalam jiwa anak-anak remaja kita? zaman kita dan mereka amat berbeza namun kita pernah juga melalui emosi yang begitu...tanya lah diri anda selaku ibu dan bapa, Dalam kita merasakan kesempurnaan yang kita telah berikan pada anak-anak kita...adakah kita pernah bertanya dimanakah kurangnya?
      Alam remaja bukan zaman untuk mereka dimarahi...jadikan mereka sahabat kita...kongsi hobi yang mereka minati....berilah nasihat jika mereka rasa tertekan bukan dengan cara berleter tak henti-henti...jika anak anda memang seorang anak yang mendengar kata allhamdulillah namun jika sebaliknya....hati mereka perlu kita halusi, menyelinap masuk umpama pencuri agar dapat hasil yang dihajati. Mana ada pencuri masuk rumah orang mcm pergi hari raya kan?...comfirm terkejut...silap2 parang melayang hehe.
     Dekati anak remaja. Jangan fikir mereka boleh menangani masalah mereka sendiri. mungkin kita rasa mereka sudah terlalu besar untuk diserang hendap...dah pandai buat keputusan...itulah kesilapan ibu bapa. berpegang lah pada kata-kata manusia mana yang tidak membuat silap?...kadang-kadang mungkin janggal untuk bertanya pada anak kita yang mereka sudah mula bercinta atau tidak?...siapa gerangan lelaki itu?...contohnya ibu dan bapa saya dulu pernah berpesan, dengan siapa pun engkau berkawan...bawa lah balik ke rumah supaya emak dan abah tahu dimana nak cari kalau kau hilang..
    bawa balik kawan lelaki memang menakutkan sebab masa itu abah akan tanya soalan mcm polis pencen hehe dan dari situ kita tahu lelaki mana yang ikhlas atau tidak dengan kita sebab lelaki yang tak ikhlas biasanya memang tak berani pun nak bersemuka dengan parents kita...hehe ingat semua lelaki berani ke?...last2 kahwin dengan pilihan orang tua...berbaris2 pak we yang di angkut ke rumah satu pun tak lekat. allhamdulillah gadis dulu lebih terjaga dari sekarang...dan tak salah sebagai ibu bapa kita mencampuri sedikit hal anak2 kita...kalau diaorang kata kita jaga tepi kain dia...kita jawab la balik kalau kita tak jaga tepi kain anak dara kita takut orang lain pulak yang masuk dalam kain anak kita.
     Pernah saya ada seorang pelajar yang ala2 gediks gitu namun saya dekati dia dengan  sepotong ayat saya yang simple sahaja..."cuba kamu lihat goreng pisang yang dijual...diletak tepi jalan dan harganya murah. dimana-mana pun senang didapati walaupun enak dimakan dan tak jemu tapi orang tak heran...bandingkan dengan emas yang tersimpan dengan rapi dalam almari kaca berkunci...sukar dimiliki, nak sentuh sesuka hati tak mudah dan ada pengawal lagi yang menjaga...tapi bila dapat dimiliki emas itu berharga dan dijaga oleh pemiliknya." allhamdulillah pelajar saya memahami maksud yang cuba saya sampaikan dan dia berubah ke arah yang lebih baik.
     mungkin sebab itu lah juga saya menerima anugerah dari allah yang tak ternilai harganya...seorang suami yang berbeza umur tua 10 tahun dari saya...yang tidak saya kenali sebelum kahwin...sekarang menjaga saya dan menghargai tanpa rasa jemu...ceeewah...Olehitu jaga lah anak gadis kita...peliharalah seperti emas yang berharga...huhu tapi kalau ada PEROMPAK????...aaa kan ada CCTV...ALARM...mesti tak kena curi punya. Gunakan lah sedikit petua KUNO orang dulu-dulu supaya anak gadis kita terpelihara maruahnya.

Jumaat, 21 Jun 2013

haishhhh jerebu la pulak...makin teruk nampaknya keadaan di Muar saat ini (21.6.13) bacaan IPU pun dah cecah 373. kalau orang yang tak menetap di Muar saat ini memang kata tak ada apa sangat jerebu ni, tapi rasanya dah 4 hari kami warga muar ni menghidu udara yang sarat dengan debu2 halus...ny prince Dani pun dah start 3 kali berdarah hidung, selsema, tekak kering dan sakit kepala....kita mungkin ok tapi budak2 kesian. bila bawa jumpa doc...biasa je jawapannya alahan cuaca and blaa2...huhu
           pandangan objek jarak 100m pun dah tak terang so, dinasihatkan pak cik2 motor tu supaya nyalakan lah lampu untuk keselamatan . x-cident dah banyak berlaku depan mata....kat rumahpun x-cident jugak hehe pening kepala...langgar dinding...aduh!!! sakit.. owhh dinding rupanya hehe. inilah akibat ketaksuban manusia melakukan pembangunan, pembersihan hutan...dalam cuaca mcm ni tak sesuai laaaa...tak belajar sains ker??? huhu aritu masa ajar tajuk environmental destruction kat pelajar kenit ku disekolah semua nganga..."tahu tak apa itu jerebu dan bagaimana ia berlaku?"..huhu siap tunjuk powerpoint, carta, gambar bagai....haha hari tu start jerebu ....terus cakap dgn they all...ini lah jerebu. so pada cik abg yg hisap rokok tu tak payah la beli rokok lagi cozzz dah dapat asap free...sedut je...sama tak rasa? hehe jangan marah eaa. but kesian kat my hubby yang memang tak merokok dan terus kena sesak nafas, mula batuk2 dan selsema...what the worst. huhu semoga warga muar sihat2 belaka...semoga juga keadaan ini berkurangan.

tahukah anda?

Do You KnowChameleon memiliki lidah 5 kali lebih panjang daripada badannya sendiri.
Do You KnowSemut tidak pernah tidur. 

simple science experiment

http://www.sciencekids.co.nz/experiments.html

funny science fact

  • Rabbits and parrots can see behind themselves without even moving their heads!
  • Butterflies taste food by standing on top of it! Their taste receptors are in their feet unlike humans who have most on their tongue.
  • Most of the dust in your home is actually dead skin! Yuck!
  • Although the Stegosaurus dinosaur was over 9 metres long, its brain was only the size of a walnut.
  • Humans get a little taller in space because there is no gravity pulling down on them.
  • Because of the unusual shape of their legs, kangaroos and emus struggle to walk backwards.
  • A hippopotamus may seem huge but it can still run faster than a man.
  • Even if an analog clock is broken, at least it shows the correct time twice a day.
  • Sneezing with your eyes open is impossible.
  • The trickiest tongue twister in the English language is apparently "Sixth sick sheik’s sixth sheep’s sick". Give it a try and see for yourself.

    fakta sains tentang haiwan

    Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.  Semut juga berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya dan mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan. 

    Ratu anai-anai boleh hidup selama 500 tahun dan menghasilkan 30,000 telur setiap hari.

    Kucing tidak boleh merasa rasa manis. 

    Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja. 

    Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86,000 kali berat badannya dalam masa 56 hari.

    Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit. 

    Gajah Afrika hamil selama 640 hari. 

    Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

    Ngauman singa boleh kedengaran sejauh tiga kilometer. 

    Tiram boleh mengubah jantinanya beberapa kali sepanjang hayatnya. 

    Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu. 

    Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam. 

    Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

    Najis  seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt selama lima jam. Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang. 

    Jantina kura-kura boleh dikenalpasti berdasarkan bunyi yang dihasilkan. Kura- kura jantan mengeluarkan bunyi garau sementara betina menghasilkan bunyi yang berdesir.  

    Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya. 

    Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat. 

    Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-belulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras.  

    Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil. Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. 

    Paus beluga yang ditemui di Lautan Artik, Kanada boleh bergerak sejauh 700 batu sehari. Haiwan ini hanya perlu menyedut oksijen setiap 20 minit.

    Cacing gergasi Australia adalah cacing terpanjang di dunia boleh membesar sehingga 2 meter panjang.

    Unta pertama kalinya dibawa ke hemisfera barat pada 1856 oleh David D.Porter, seorang anggota tentera laut US. 

    Sebanyak dua jenis ular mendiami Pulau Hawaii, ular laut yang jarang ditemui dan ular buta yang hidup seperti cacing tanah dalam lubang di bumi.

    Chimpanzee kelihatan mempunyai lebih banyak rambut daripada manusia. Sebenarnya binatang itu mempunyai bilangan rambut yang sama cuma lebih lebat.  

    Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut.   

    Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi dengan memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.  

    Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih kacang dan kemudian terlupa tempat mereka menanamnya.   
    Kea adalah sejenis burung yang hanya boleh ditemui di New Zealand. Ia mempunyai kegemaran yang cukup aneh iaitu gemar memakan lapisan getah yang terdapat pada sekeliling tingkap kereta. 

    Corak di hidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia. 
    Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.  

    Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Sebagai contoh, kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.Kesian sama haiwan2 ini..Tapi bukankah untuk penyelidikan yang mana memberi kebaikan kepada manusia jugak kan?

    Khamis, 20 Jun 2013

    mendisiplinkan anak bermula dari bawah

    Memang sukar untuk menghasilkan anak yang berkualiti berbanding menambah kuantiti. Ruangan ini mungkin boleh kita kongsikan bagaimana untuk membentuk disiplin anak-anak kita lebih-lebih lagi anak lelaki yang memerlukan mereka memahami maksud tanggungjawab. Seawal usia anak lelaki saya berumur 3 tahun dan tahu untuk menyuap makanan sendiri, saya tidak pernah membataskan dia menggunakan pinggan atau cawan. Itu adalah persepsi pertama yang mana orang-orang tua kata...jangan bagi guna pinggan kaca nanti pecah. Anak saya terus menggunakan pinggan kaca seawal dia tahu menguruskan suapan makanannya sendiri kerana saya memang tak sayangkan pinggan atau cawan sebiji yang pecah...kalau pecah kita boleh ganti tapi membentuk jati diri anak-anak kita bukan berharga sepinggan kaca. hasilnya saya sudah dapat lihat sekarang dalam usia anak saya 10 tahun hanya sekali itu lah...sewaktu mula-mula dia menggunakan barangan kaca...kaca itu pecah berderai...selepas daripada itu, anak orang masih menggunakan pinggan dan cawan plastik tetapi anak saya telah dan amat tertib menggunakan pinggan dan cawan kaca.
               Bukan untuk membanggakan anak sendiri tetapi untuk berkongsi idea para ibu dan pendidik...dengan sekali kaca pecah didepan mata dan sedikit terluka, anak saya sedari umur 3 tahun memang tahu risikonya dan dia tetap menggunakan barangan kaca tetapi dengan lebih berhati-hati kerana semasa dia ketakutan saya katakan padanya....Dani...u need to be carefull...kalau tak nak kaca itu jatuh. dan selepas itu sambil dia memegang barang kaca mulut comelnya sentiasa terkumat-kamit menyebut carefull dalam pelat2...sehingga sekarang dia adalah seorang anak yang agak berhati2 dengan perkara yang dirasakan bahaya.
              disaat orang lain sibuk mencari pinggan plastik, anak saya telah termotivasi dengan sendirinya kerana dia merasa dirinya lebih matang kerana rakan sebaya dengan takut2 menggunakan pinggan plastik tetapi dia tidak...in shaa allah semoga anak saya dan anak2 puan akan lebih bermotivasi dalam membentuk jati diri. Janganlah kita sebagai pengasuh memomok-momok kan mereka dengan perkara yang benar. hari ini bila saya tanya adakah dia ingat dia pernah pecahkan pinggan ...dia akan jawab ingat...tapi Dani tak kan pecahkan lagi sebab kalau luka ...sakit dan dia tambah lagi..."lagipun mama , kalau hari-hari pinggan pecah..kita nak makan pakai apa"....saya jawab, kita pakai la daun pisang...hehe dan saya terangkan padanya ...orang lelaki perlu ada tanggungjawab yang besar setelah dia dewasa.
               "Apabila Dani dewasa, mama dan papa sudah tua, kalau Dani sudi...Jagalah mama dan papa...masa tu mungkin Dani dah ada isteri dan anak.  Jadi tanggungjawab Dani besar macam Dani pegang pinggan tu...kalau Dani pegang betul-betul, pinggan tu tak akan jatuh dan pecah...Dani perlu basuh dan simpan supaya selama-lamanya pinggan tu dalam jagaan dani dengan baik. kalau Dani pegang sambil lewa pinggan tu akan terlepas dari tangan Dani...maksudnya pinggan milik dani tu dah tak ada...pecah berkecai. Jadi mama harap selagi benda itu milik Dani....Dani kena jaga dan bertanggung jawab...seperti pinggan tu."
             Tapi mama kalau tiba-tiba pinggan tu pecah sendiri mcm mana?....Oooowh kalau mcm tu tak apa kerana Allah sudah mentakdirkan itu bukan hak kita lagi. Bukan ke semua yang kita miliki ini hak Allah?...kita juga hak Allah....Allah beri kita pinjam dan bila Allah suruh pulang..maka pulanglah dan itu bukan lagi hak Dani ...itu hak Allah. semoga anak kita memahami erti tanggungjawab. Kita juga bertanggungjawab menghasilkan anak yang berkualiti kerana itu adalah hak allah....

    Rabu, 19 Jun 2013

    in- coming house to stay di Muar...2014...di Jalan Abdul Rahman Muar 
    15 minit ke tanjung emas untuk menikmati rojak petis, ABC dan mee bandung muar
    5 minit ke gerai murtabak singapura salman yang sedap
    pagi2 ada warung yang menjual pelbagai jenis kuih tradisional melayu 5 minit dr rumah
    10 minit ke pusat bandar yang ada pelbagai sarapan pagi...terminal sate, lontong dan soto di muar..
    5 minit ke warung roti canai
    berhampiran dengan masjid dan surau
    berhampiran dengan sekolah kebangsaan seri jong, muar
    20 minit ke pekan parit jawa
    10 minit ke kedai 7 eleven dan klinik asia 24 jam
    hehe...rumah ni kalau tak ada orang nak beli...nantikan kemunculan house to stay di muar
    yang strategik dan for muslim only
    dijamin halal dan selesa.
    wait until 2014...


    bulan berputar pada paksinya menyebabkan permukaan bulan yang sama menghadap bumi

    Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama, iaitu 360 darjat dalam masa lebih sedikit dari 27 hari. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
    Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya (period of rotation) dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi (period of sideral revolution) adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.
    Sila perhatikan bahawa sebenarnya, kita dapat mencerap lebih dari separuh permukaan Bulan. Putaran orbit Bulan mengelilingi Bumi adalah tidak begitu bulat dan paksinya pula tidak begitu menegak berbanding dataran orbit putarannya. Oleh yang demikian, Bulan berayun sedikit. Fenomena ini dipanggil libration. Ini menyebabkan, dari Bumi kita dapat mencerap sebanyak 59 peratus permukaan Bulan.
    Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.